selamat ziarah :)


selamat membaca .

Saturday, January 15, 2011

ceritera malam ini . . . .


terasa kian memberat kepala ku di saat malam kian melabuhkan tirainya..
hati ini.. gersang jua kadang kala.. sering2 bharap hati ini terisi dgn zikrullah dan kalamullah.. bimbang, andai tersisih dari rahmat dan kasih Dia yang Maha kuasa.

ya ! aku sekadar hamba yang hina. tercipta dari air mani.. dan, aku dimuliakan oleh ilahi. sungguh, aku merasa berdosa atas tiap2 yang aku lakukan tika nafas menghirup udara ciptaan Mu.

ya Allah,
berikan aku kesempatan.. *crying

aku sesal lantaran mengisi masa hidupku dengan gelak tawa.
ampuni aku ya Allah.

mengapa ? tiap kali jiwa ingin di isi dengan kedamaian hati dan alunan zikir, nafsu cuba untuk memintas?

bukan keinginanku mbiarkan nafsu bmaharajalela..
aku berasa diri ini gagal.

aku gagal ya Allah.. *crying.

gagal melaksana tanggungjawabku yang kian memberat..

lelah kadangkala aku rasakan..
semput terasa di jiwa lantaran aku sering sering berperang dengan sang nafsu yang tidak serik untuk mengalahkan aku.

Ya Allah,
adakah ini ujian keimanan?

ya Allah, jika benar, bantu aku utk hadapi ujian ini dengan ketaqwaan.
lindungi aku dari sifat bongkak dan ego.

lindungi juga aku dari rasa riak dan takabbur

bantu aku ya Allah,
biar lah malam yang kian sepi ini menyaksikan jiwaku yang sedang merintih..

aku ingin lari..
lari dari kepulan dosa..
aku ingin mengejar segunung pahala..

rimas sungguh aku, ya Allah.
di saat aku hampir2 terkandas dalam lautan dosa..
tubuhku terasa lesu disaat blawan dengan tentera nafsu yang rakus untuk menghambat aku ke neraka Mu.

tidak!
aku tidak mahu ke neraka ciptaan Mu yang Maha Dahsyat itu.

ampuni aku ya Allah..
lindungi aku daripada gangguan syaitonirrojim.. :'(


aku cintakan islam..
tapi, aku kecewa pabila aku gagal praktikkan seluruh kandungan islam..

aku rindukan rasul Allah,
namun, pedihnya pabila sunnahnya aku gagal ikuti dengan baik..

ya Allah, tetapkan hati ku dan imanku dalam memilih jalan Mu yang Benar ini .
bantu hamba Mu yang lemah ini, ya Allah.


- Sang pencinta islam -

adakah saya mujahidah sejati ?

Mujahidah dari Bumi Jihad

Adakah Saya seperti Manusia Biasa yang Sejati…
Yang dilahirkan “Mujahidah” tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Sedang dari merekalah akan lahir seorang pendakwah yang mengajak untuk berjihad..
Adakah saya hidup dalam mendampingi-NYA di bumi Jihad..
Adakah saya selalu siap dengan semua syarat yang diajukan atas perintah-NYA
Atas nama cinta kerana Allah, peringatan Rasul ……. Jihad Fisabilillah
Adakah saya rela berkelana berjemaah sesame manusia dengan-NYA lindungi Dienullah
Bolehkah saya Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Adakah saya mungkin memilih selain Engkau... .bila dunia lebih saya damba…
Boleh jadi saya terlupa kampung halaman(akhirat), sanak saudara(manusia) bahkan harta yang terpendam(lapang dikala sihat dan muda)
Hidup saya pasti terasing jika tidak ada apa ada-NYA.. bolehkan nanti di akhirat bahagia…?????
Bila saya mengakui keEsaan-MU dan moga2pun tidaklah saya meragukan akan keAkuanku
Bulat tekad saya untuk mengikut perintah-MU

Saya ingin menjadi umat Nabi Muhammad sebagai pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah anak soleh yang berjihad…
Bila masa malaikat maut datang menghampiriku dijemput pulang moga2 saya antara orang yang dalam bersedia penuh ketawadhu`an…
Moga-moga sentiasa bersama atas jalan-NYA ingin saya peringati sesama manusia harungi bahtera lautan ujian…
Andai boleh kita semua miliki
Andai boleh rasa akan batin, jiwa dan raga tak terusik(berlapang dada, tak khuatir),
Ingin bebas dari sikap segala kemanjaan, kegundahan, kegelisahan…
Juga tidak kurang terlebih keluh kesah saya… moga2 dalam kedewasaan dalam rahmat-NYA

Tak mungkin saya memilih selain dari Engkau Ya Allah…
bila yang fana lebih saya cinta…
Pasti tak leka akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota… (merendah diri)
Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana… (bersikap sederhana)
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintai selain dari Engkau Ya Allah
Jika itu saya lakukan maka tertanggalkan pakaian taqwa kerana melanggar larangan-MU…

Mahu tidak Mahu tetaplah saya kena meniti jalan panjang di medan amal…
Yang ada pengorbanan darah dan airmata tertumpah sebelum ada saya
serta cerita serta sirah yang telah dibentang berhalaman,
Telah ada cerita contoh umat akan keringat luka dan kesyahidan dari zaman berzaman…
Kenapa masih ada ragu tertancap dihati saya…
Ya Allah, Teguhkan `azam`semua dan kami untuk agar tidak mudah lupakan diri…

Saya ingin menjadi seperti mana anak yang soleh dibumi Jihad…
Dengan sepenuh semangat berangkat ke padang jihad
Sanggup bersabar walaupun hanya digigit seekor nyamuk
Tanpa dicela akan ketentuan ujian Allah walaupun nampak remeh
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan… penuh rajin berbakti
Tepiskan semua angan yang tak bererti… melakukan kebajikan yang pasti
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri… usaha dalam hidup pasti bersama makhluk-NYA
Tanpa peneguh manakan akan ada langkah kaki.. rahmat-MU pendamping perjuangan…
Yang melepas kami dengan selautan doa…
Meraih Ridho-MU… tujuan utama…
Rabbi… moga tertunjuk jalan-Mu yang lurus untuk dimeniti jalan ridhoMu…
Kami harapkan penolong dari hamba-hambaMu… bersama2 menemani perjalanan ini…
Terima kasih wahai ibubapa/penjaga, jiran2, saudara2 dan sahabat.