selamat ziarah :)


selamat membaca .

Saturday, February 5, 2011

Air Mata Keinsafan



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….


Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…

bila hati membisik rasa..


3 gadis

hulubalang istana

my makcik alhamdulillah sudah selesai di nikahkan

pengawal



apit-apitan

syukur, selesai juga majlis makcik pakcikku. dan dan, syukur jua, dpt btemu shbt lama meski bkn semua. balik 4 hari dan bebas sketika dari asrama umpama mncuit hati utk berbicara dan berkongsi cerita.

kisah semalam:

sy jadi pengapit my makcik dan pkcik Sabri vS haslina. kesian uda @ haslina.. terpaksa ngadap diri sy yg emosional. mane taknye, sakit perut mnyerang sekian subuh. namun , malam tu bjaya menggamit diri ini utk bersabar. letih amat juga meski skadar jd pengapit. gamba2 kat mjlis tu nnti2 la sy tayang ye. urm, malah, ingat jd pngapit saja, rupanya gadis door gift jugaa -,-'

malam kian larut, sy mula berani bgamba bsama adek2. alala, kalo tak bila lagi nk ade gmba knangan. :) kwn2 abg dtg.. kwn2 sy dtg, kwn2 mereka ramai yg dtg. majlis mula meriah meski kabut pada mulanya ;p

yg pengapit perlu naik ke pentas menemani si pengantin.

"eh,eh, kami tercongok je ehh ? " kata si sepupu. aduhai, perot da berkeroncong tgok pngantin mkn. yg kami ny teman di sebelah stage. mane tak leleh? ;p last2, mama n mereka yg d bawah stage suh turun. nasib... nasib.. ;p

dlm pjalanan ke door gift..
" ehh? ummi ! "
sy teraung sketika.

lalu? kami berborak tak ingat sekeliling ;p

dan.. sy beritahu beliau bhw tadi baru borak ngn syahmi syahirah dan fera yg dtg. ;)

anura pon ade? tkejut sket ;p lalu bsalam dan beramah mesra la sy dgn dy...

selesai btemu rakan .. sy sambung tugasan.. macam2 juga karenah manusiawi ini... nyorok gift dan bagai. adehh..

sambil senyum : makcik, makcik da dpt gift ? ambillah ..
(padahal da tnampak da gift dlm handbag dy ;p)

urm, smpai pkul brapa ye kami di dewan ? ntah la.. kelalen dong ;p

namun, sbelum beredar, ade sesi suai kenal. mane2 yg masih tak knal pakcik makcik dy, kami rapatkan lagi pkenalan di dewan ;)

ukhuwwah fillah daiman abadan


balik2, mata da naik semput. tbayang bantal ngn lambai2 dan katil yg main cak2. ;p

masuk je room terus... zzZzZz ( da bce doa tido laa..)
..................................................................

today story..

jujur, sgt malas nk balek asrama. sangatlah diri ini tidak bersedia bg mghadapi asrama yg serba seram itu. ohh, bila mau tamat sekolah. urm, esok cadang nk jog. mnggu dpn ade plawanan maa.. sape tak gentar? lawan atlet. aduhaii, seram dan bagai. memacam yg bertalu di hati ni. dub dab dub dab..
doakan sy .. -,-'

dan, hari ni asek ngadap blog. aiesya, SPM la tahun ni, tolong sedar diri boleh ? erkk? ayat tajam. ;p

baik la. peristiwa smalam sudah dirakam sedikit. smbung 2 minggu lagi la yer ;p

salam sejahtera. terimas sbb bace hal sy. ;p



Thursday, February 3, 2011

rawatlah hati kita -iluvislam.com-

"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.

'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.

Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya' dan ujub!

Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!

Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!

Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.

Ingatlah kata-kata Allah taala,

"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, February 2, 2011

histeria? kes apakah ?

subhanallah. lega sikit bila da dapat balik rumah. .

terimbau kes kat skola. brapa hari sukar lelap mata. sungguh! ia ujian yang agak mnguji kesabaran.

brapa hari BENDA tuh mengamuk di skola lantaran plaja tak jaga 3 perkara. ha, nak tau apa 3 perkara tu?

ketenteraman. perhubungan. kebersihan.

kerana BENDA ni juga lahh, sy gagal mngawal emosi lantas termarah mereka, plaja aspuri pada hari rabu malam kames. fikiran sy masa tu sgt terasa sendatnya. terhenyak dengan akademik dan alam ghaib. siapa manusia yang tak akn merasakan tekanan.

namun, syukur. setelah kami berjaya menemukan puncanya dgn ptunjuk ilahi. BENDA tu da tak ganggu lagi :) syukur atas petunjuh Allah.

tak pernah terfikir bhw diri ini akn hadapi kes histeria di sekolah.

erm, hari khamis hari yang paling mendebarkan dimana...

lebih 10 orang plaja di ganggu dan di gugat. kebanyakannya adalah six sense.
makhluk halus tu marah lantaran kami mengganggu kawasannya. dan, ramai yang tak jaga kebersihan.

sy bersyukur lantaran diberi pengalaman bgaimana cara hadapi kes sedemikian.

sgt seram disaat sy ronda malam2.. terbau-bau hanyir di tiap koridor pada pukul 1 pagi.

pukul 2, ada plajar dirasuk. subhanallah.

kami bersama gerombolan exco badar, menuju ke rumah darul syifa' untuk dirawat. sy juga berubat.

semoga lepas ni, tidak berlaku lagi kes sedemikian. nauzubillah.