selamat ziarah :)


selamat membaca .

Friday, September 24, 2010

utk mereka2 yg bernama gadis


sabda nabi: sesungguhnya golongan wanita yg berpakaian tetapi telanjang, memalingkan muka kepada lelaki, menarik perhatian lelaki dan rambutnya seperti bonggol unta, sesungguhnya golongan itu tidak akn mencium harum syurga.

nauzubillah,
saling mengingatkan.


Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Karya asal : daffodil At-toriq

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja

Isn, 20 Sep 2010 09:57 | Ratu Imtihan | Editor: aeyie®


vote
nowBuzz up!
2360Share

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.

Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.

Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.

Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

Ana becinta anta

Bismillahirrahmanirrahim...

Posted Image

“Geramnya…!,”satu tumbukan dilepaskan Istiqamah di meja makan.

“Is,apa hal balik-balik terus marah ni?Salam tak de,apa tak de…!”,rungut Imtinan serumah dengan Istiqamah.

“Sorrry,sorry...Assalamu’alaikum…”,Istiqamah mengaku kesalahannya dan mengambil tempat di depan televisyen di ruang tamu.

“Wa’alaikumussalam…hah,baru betul wanita solehah.Nama je Istiqamah.”usik Imtinan.

“Ye la tu,Is geram ni Im!..”Istiqamah merebahkan badannya di sofa.

“Kenapa?Cuba cerita kat Im…,”Imtinan cuba memahami kawan serumahnya.

“Tadi..Is geram,geram,geram…sangat…!Ada ke patut si Uwais dan Zulqarnain ambik tempat parking Is…!Ish benci.Lepas parking, pergi buat tak tahu je.Padahal nampak je Is tengah tunggu nak masuk parking tu dulu.Is setiap hari parking kat situ!”luah Istiqamah dengan rasa benci yang membuak-buak.

“Uwais dan Zulqarnain?Macam pernah dengar nama tu.Bukan ke diorang tu kegilaan mahasiswi kita? Is ni pelik la.Takkan sebab tu pun nak benci diorang?Kalau siswi kita,mesti tak kisah.”

“Eeee…tolonglah Im…!Is tengok sesaat pun dah tak tahan ngan diorang.Lagi-lagi si Uwais tu.Macam mana boleh jadi kegilaan...ish!Tak masuk akal langsung…!,”segala rasa bencinya pada Uwais diluahkan.

“Eh,kejap-kejap..ni apahal tiba-tiba benci sangat ni?Im tak pernah tengok Is sebenci ni pada orang?Lagi pula diorang berdua tu kan baik orangnya,mungkin diorang tak perasan Is kot.Husnuzhon la Is…,”Imtinan menasihati.

“Ermm..entah la Im..tak nampak?mungkin..koott…,”Istiqamah masih tidak dapat menerima kenyataan itu.Dia yakin dia betul.

“Dah,dah jangan nak marah-marah dah.Dah solat Asar ke belum ni?,”tanya Imtinan lagak seorang ibu.

“Opss..belum…ok ok.Sekarang juga Im pergi…!,”Istiqamah berlalu dengan senang hati.Lega dapat luahkan segala kemarahan tadi.

***

Di malam hari,usai sahaja solat Isyak.

“Is…buat apa tu?...”,tegur Imtinan dari pintu bilik Istiqamah.

“Im..masuklah…!Ulangkaji sikit ni.,”
Imtinan mengambil tempat di atas katil Istiqamah.

“Wani dan ‘Izzah dah balik?,”tanya Istiqamah.

“Belum..katanya nak pergi library.Buat revision.”jawab Imtinan ringkas.

“Oh…bagusnya.Hah!Baru Is teringat! Sewa rumah bulan ni,termasuk api dan air,Is dah bayar tau.Is guna duit simpanan Is.Im,Wani dan ‘Izzah tak payah bayar.”Keikhlasan terpamer di wajah Istiqamah.

“Apa?Semua?Banyak tu Is…Ya Allah..Is biar betul…!,minyak kereta Is tu lagi.”Imtinan terkejut dengan kenyataan Istiqamah.

“Tak pe lah..sekali-sekala belanja housemate kan.Jika kita mudahkan urusan orang,Allah akan mudahkan uruskan kita.Lagipun Is kan ada kerja part-time.Tak perlu risau la ye…,”

“Ajar ngaji kat rumah Dato’ Khalid je kan?”tanya Imtinan meminta kepastian.

“Itu salah satu,Is ada kerja jaga kedai jugak, depan Petronas tu.Kedai Mak Limah. Hari tu Is first time dapat gaji dari Dato’ Khalid,tahu tak dia nak bagi berapa?,”

“Berapa Is?,”

“RM500,untuk dua kali seminggu Is ajar anak-anak dia.Is tolaklah.Banyak sangat tu.Lagipun Is ajar Iqra’ je setakat ni.”

“Apa???!RM500?MasyaAllah.Duit banyak tak kisah la.Pastu dia bagi berapa sekarang?”

“Dato’ Khalid tanya pendapat Is,Is cakap kalau diberi pilihan,Is nak doa dari Dato’ dan Datin daripada duit,kerana Is sendiri tahu apa yang Is ajar,.Is tak nak,kerana duit,Is ajar anak-anak Dato’ Khalid mengaji.Is tak nak salah niat pulak nanti.Tapi Dato’ Khalid bagi juga duit kat Is,sebagai penghargaan katanya.Tak perlulah Is beritahu berapa ye.”jelas Istiqamah penuh tawadhuk.

“Baiknya kawan Im ni…beruntung sapa dapat Is ni…,Dato’ Khalid tak de anak lelaki ke?”usik Imtinan.

“Ha..!Dah mula la tu.Is pun tak tahu,baru beberapa kali datang rumah dia.”jawab Istiqamah serius.

“Ermm..Is…Im nak tanya ni…Masih marah lagi ke dengan Uwais dan Zulqarnain?,”Imtinan mula bertanya.Itulah tujuannya masuk ke bilik Istiqamah.

“Erm…Zulqarnain…Is ok je..dengan Uwais Is rasa benci.Tak tahu la.Sebab dia yang drive tadi.Rasa geram sangat.huh!,”pantang sebut nama Uwais hati Istiqamah mula membara.Tidak tahu sebab musababnya.

“Oh….hati-hati Is,jangan benci sangat..ingat tak,Rasulullah pernah berpesan:

“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya,kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu.Dan bencilah musuhmu sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”

(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud,al-Tirmizi,dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

“Hadis sohih tau Is…”tegur Imtinan pada kawannya itu.

“Ye la Im..Is memang tak nak benci dia,tapi Is tak tahu bila tengok muka dia Is meluat.Is tak tahu kenapa.”

“Is jeles tak?Sebab ramai suka dia…,”Imtinan menduga.

“Na’uzubillah min zaalik.Ada ke sampai ke situ.Mengarut la Im ni.”mukanya berkerut.Menolak tekaan yang tidak mungkin terjadi.

“Haha,Is,Is…haih..nak kata datang bulan…baru je boleh solat,nak kata sakit,sihat je,hurmm…apa sebabnya ya..tak pe tak pe,nanti Im siasat ye.Penyiasat Imtinan…hoho…,”Imtinan ketawa kecil dengan gelagatnya sendiri.

“Haha..merepek je Im ni.Is ok je.Tak yahla nak siasat-siasat ni.Bukan dapat buktikan pun.”

“Oh…perlekehkan Penyiasat Imtinan ye.Tak pe..tengok la nanti..huhu,”tekad Imtinan.Dan berlalu ke biliknya.

“Apa-apa jelah Im..,”bisiknya sendiri dan meneruskan ulangkajinya.

***

Keesokannya…

“Haih,sabar Is,sabar..kenapa la aku benci sangat tengok muka si Uwais ni.Huh!,”getus hati kecilnya bilamana terserempak Uwais di depan kelasnya.

“Mujurlah tak sama kelas,kalau tak,sian kat hati aku merana la jawabnya,asyik marah je kat dia ni.,”bisiknya lagi pada diri sendiri.

Istiqamah masuk ke kelas dan mengambil tempat di bahagian tengah.
Tidak lama kemudian,Dr.Azizan masuk dan diikuti beberapa pelajar dari kelas lain.

‘Ya Allah…!Tolong aku..aku tak suka budak tu…,kenapa dia mesti masuk kelas ni???’hatinya mengadu.

***bersambung***


‘Ya Allah…!Tolong aku..aku tak suka budak tu…,kenapa dia mesti masuk kelas ni???’hatinya mengadu.

“Pelajar-pelajar,hari ni saya kena gabungkan dua kelas kerana saya tidak dapat hadir untuk kelas
petang ini.Saya terpaksa balik kampung.Ada saudara meninggal.Tak pe ke?,”Dr. Azizan memberi penjelasan dan meminta izin pada pelajar-pelajarnya di kumpulan satu.

“Tak pe…,”serentak pelajar-pelajar kumpulan satu mengiyakan.
Cuma Istiqamah berdiam diri.Mukanya merah.Dahinya berkerut geram.

“Awak yang bertudung putih,Kenapa masam je?Tak setuju ye?,”tegur Dr.Azizan akan Istiqamah yang sedang jauh berkhayal.

“Hei,Is,Dr,tegur tu..!,”cuit Hamidah yang duduk disebelah Istiqamah.

“Ha..!Ermm…ermm..apa Dr.?,”Istiqamah gelabah.

“Amboi…jauh berkhayal…Awak setuju ke saya bagi pelajar group dua join kelas ni hari ni?,”tanya Dr. Azizan sekali lagi.

“Ermm setuuu…ju..,”Hatinya menyambung ‘kecuali Uwais’.Hatinya puas.
Habis sahaja kelas dengan Dr.Azizan,Istiqamah menuju ke masjid untuk mendirikan solat sunat Dhuha.
Usai sahaja solat,Istiqamah bermuhasabah.

“Kenapa dengan aku ni?Benci sangat kat Uwais?Apa dia dah buat?Haih,betul kata Im,cuma masalah parking je,biasala tu.Macam aku tak biasa sebelum ni.Tapi,kenapa bila ada dia,aku jadi marah macam ni?Kenapa?...Haih,hati jelaskan pada aku,lemahnya aku…,”matanya berkaca.

“Baik!Mulai hari ni…!Istiqamah kena ingat jangan benci sape-sape dah termasuk Uwais.Jumpa wat tak tahu je.Hati ingat jangan benci tau.,”Nasihatnya pada diri sendiri.
Istiqamah mula melangkah keluar dari perkarangan masjid dan menuju ke lab untuk menggunakan internet.

Ada satu tempat kosong ditengah-tengah antara lelaki dan perempuan di sebelah kiri.Istiqamah berjalan menuju ke sana.Dan duduk sambil memandang sekilas orang di sebelah kanan dan kirinya,mana tahu kenalannya.

Istiqamah tersentak,orang yang dibencinya hampir sekali dengannya.Cuma berada di sebelah kirinya,jika dia bangun tiada lagi tempat di tuju untuk menggunakan internet.Lagi pula,sudah ramai yang menanti giliran di belakang untuk mendapatkan komputer.

“Sabar Is,dia releks je,kenapa Is nak derita.Fokus kat komputer je Is.”pesannya pada diri lagi.Kadang-kadang matanya menjeling melihat Uwais.

“Haih,tenangnya dia.Yang aku ni benci sangat kat dia…kenapa la ngan aku ni…,”rungutnya sendiri.

“Sis,kejap ye,nak keluar…,”sekali lagi Istiqamah tersentak.Kedudukannya tiba-tiba menegak dan matanya dibesarkan sambil memandang ke arah hadapan.

“Dia bercakap dengan aku?..,”Istiqamah terkesima.
Istiqamah menggerakkan sedikit kerusinya ke depan untuk memberi laluan kepada Uwais.

“Jazakillah ya ukhti,”Uwais berterima kasih.

“Baiknya dia…,”Istiqamah tersentuh.Rasa menyesal menerpa.

***

Di rumah Dato’ Khalid…

“Aaa Baa Taa…”,kedengaran suara Puteri dan Aisyah membaca Iqra’ dengan seorang perempuan di ruang tamu.

“Baba,Mama…Along balik malam ni tau.,”Uwais memberitahu ibu bapanya untuk pulang ke kampus malam itu.

“Baiklah,tapi kitab makan lama sama-sama dulu ye.,”pinta Mama Uwais.

“Baik Mama.Erm,Baba,Mama,sape yang ajar angah dan adik baca Iqra’ tu?,”tanya Uwais ingin tahu.

“Lupa pulak Baba nak cakap,Istiqamah nama dia.Dia satu U la dengan along.Along tak kenal ke?Baba lupa nak cakap pasal Along tadi.Mana tahu dia kenal Along.”teka Dato’ Khalid.
Datin Azlina cuma mendengar.

“Oh ye ke,hurmm..macam pernah dengar nama tu.Uwais pun tak pasti Ba…,”

“Tak pe,nanti kita makan sama-sama,tengokla, mana tahu kenal.”cadang Dato’ Khalid.

“Ermm..,”

“Alongggggggggg…..”jerit Puteri dan Aisyah berlari menuju ke arah satu-satunya abang mereka.

“Along,along nak balik dah ke?,”mata Aisyah berkaca.Sedih di tinggalkan abang yang rapat dengannya.

“Lepas makan,janganlah sedih dik,angah kan ada.”jawab Uwais memujuk.

“A’ah angah ada, dan Kak Is pun ada.,”tambah Puteri.
Dato’ Khalid dan Datin Azlina senyum melihat keakraban antara anak-anak mereka.

Tidak lama selepas itu,Istiqamah menyertai keluarga itu di meja makan setelah dijemput.Istiqamah terkejut melihat Uwais di situ, mahu sahaja dia pengsan di situ.Lagi dia benci,lagi dekat Uwais dengannya.

“Oh,ni Istiqamah ye.Nice name.,”puji Uwais tersenyum hormat dan menyuap makanan ke mulutnya.Uwais seperti tidak pernah berjumpa dengan Istiqamah sebelum ini.
Istiqamah tersenyum malu.

“Is,kenal Uwais tak?Dia sekampus dengan Is.,”tanya Dato’ Khalid.

“Ermm..erm..kenaal..,ni ke anak sulung Dato’?”Istiqamah memberanikan diri bertanya.

“A’ah,dialah anak sulung kami.Selama ni dia memang tak balik,sebab duduk asrama,bila free je dia balik.Ni baru balik dah beberapa bulan tak balik.”jelas Datin Azlina.

Istiqamah mengangguk.Uwais menyambung.

“Oh,anti kenal ana ye?Asif ana tak perasan kot.,”balas Uwais ringkas tidak mahu biasa bersembang dengan perempuan ajnabi tanpa urusan penting.

“La ba’s.,”jawab Istiqamah tenang.Perasaan benci makin menghilang.Perasaan malu menguasai.

“Kak Is…akak pun nak balik dah ke?,”tanya Aisyah manja.

“Ye dik,akak ada kelas esok.,”jawab Istiqamah lembut.

“Alaa…akak tidur je lah kat sini,teman adik,adik takut.Along pun nak tinggalkan adik.,”katanya lagi sambil makan peha ayam goreng kegemarannya.

“Adik,Along dan Kak Is kena belajar,kita nak bantu Islam kena pandai.Allah pun suruh.Jadi kami tak boleh lawan.”Uwais mematikan kata-kata adiknya.

“Uih..!kami?huhu peliknya bunyi…macam aku ni isteri dia je...huhu,”Istiqamah bermonolog sendiri.Hatinya rasa tenang bersama keluarga itu,semuanya mengingatkan diri kepada Allah S.W.T.

Dato’ Khalid dan Datin Azlina memandang sesama sendiri dan tersenyum penuh makna.
Tidak lama selepas itu,Uwais dan Istiqamah menuju ke destinasi masing-masing.Uwais pulang ke kampus menaiki motor,manakala Istiqamah menuju ke rumah sewanya dengan kereta Myvinya.

***

“Is nak gi mana ni?”tanya Wani di suatu pagi Sabtu,melihat Istiqamah asyik mengemas pakaiannya.

“Nak balik.,”jawab Istiqamah sedang ralit meletakkan pakaian dalam beg galasnya.

“Balik Perak ke?,”tanya ‘Izzah pula yang kebetulan lalu di depan bilik Istiqamah.

“A’ah ‘Izzah.Mana lagi kampungku…,masuklah kenapa tercegat kat pintu tu wahai kawan-kawanku…”jemput Istiqamah mesra.

“Aik,ramainya tetamu kat bilik Is.Is nak bagi something ke?,”tanya Imtinan yang pelik melihat semua kawan serumahnya berada dalam bilik Istiqamah.

“Tak de lah,Im ni pantang ada hadiah ye.Pagi ni Is nak balik Perak la.”jelas ‘Izzah.

“Ha?!Ye ke ni?Selalunya bila Im tanya mesti kata,ala cuti nanti boleh balik,Is bukan anak manja nak rindu-rindu ni.Huhu.,”ajuk Imtinan.

“Amboi…mengata nampak.,”Istiqamah tersenyum melihat Imtinan.

“Hehehe tak delah saja je.Kenapa balik Is?,”

“Ada hal sikit.Ummi,abi suruh balik.Doakan Is selamat sampai ya.”jawab Istiqamah ringkas.
Imtinan tersengih.

“Kenapa ni Im?,”tanya Wani pelik dengan gelagat Imtinan.

“Ehem ehem..Is…walimah jangan lupa jemput tau..huhu,”usik Imtinan lagi.Dia seperti dapat menghidu sesuatu.

“Eh ke situ pulak dia.Mula la tu.Penyiasat Imtinan la katakan…”gurau Istiqamah.Mereka semua ketawa melihat Imtinan.

***

“Wani,’Izzah,mana Is?,”tanya Imtinan pada suatu pagi.

“Tadi family dia datang,keluar kot…,”jawab Wani.

“Oooo…,ni korang tak pergi mana-mana ke?,”tanya Imtinan lagi.

“Saya tak,malas.”jawab Wani ringkas.

“Kita pun malas.Baik cuti-cuti ni duk rumah…,kenapa Im nak keluar ke?”tanya ‘Izzah pula.

“A’ah Im nak keluar jap.Nak pi library.,”Imtinan mengakhiri perbualan.

***

Ketika Imtinan berjalan menuju ke Perpustakaan Dar al-Hikmah,dia terserempak Uwais dan Zulqarnain
berjalan di hadapannya.Dia mula mencari jalan menyiasat penyebab Istiqamah terlalu benci pada Uwais.

‘Macam mana ek?Aku kena buat sesuatu,kalau tak,jatuhlah reputasi aku sebagai Penyiasat Imtinan.Huh..!,’fikirnya sambil berjalan.Matanya tertumpu ke bawah sambil berfikir.

“Eh!,”Zulqarnain menjerit kecil.

“Alamak…sorry,sorry.,”Imtinan terlanggar Zulqarnain di hadapannya.Pipinya mula merona merah.

‘Aduh..malunyaaa…,’Imtinan menerkup muka.Imtinan melihat sekali lagi lelaki yang dilanggarnya,dia mula berdebar-debar.Jiwanya kacau.

‘Dia ni…patut la ramai peminat,dua-dua boleh tahan,tapi Zulqarnain lebih menyerlah bagi aku.,’getus hatinya.

Zulqarnain memaafi.Kemudian Uwais dan Zulqarnain meneruskan perjalanan dan masuk ke Perpustakaan Dar al-Hikmah.

Imtinan masih tercegat di tempat tadi.Dia langsung tidak bergerak.

“Kali pertama aku terserempak ngan diorang depan-depan.Huh!Hampir tergoda.Aduhai,Imtinan,kenapa laju sangat jantung ni berdegup.Jangan-jangan,mamnu’…!Zulqarnain tu ramai peminat,tak yah minat dia,jangan-jangan.”Imtinan menasihati diri.Dia menafikan rasa hati.

Imtinan mula masuk ke dalam perpustakaan.

“Haih..!Gagal misi aku.Macam mana la aku pulak yang kena balik.”Imtinan mengomel sendiri sambil memilih buku-buku yang berkenaan tugasan kerja nya di atas rak untuk dibawa ke meja.Tinggi bukunya melebihi kepalanya.

Bummm!!!

***bersambung***

Bummm!!!

Semua buku yang dipegangnya terlepas kerana terlanggar seseorang.
Semua pelajar dan kakitangan yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arahnya.

‘Alamak,apa la nasib aku hari ni.Haih!Sapa la langgar aku pulak ni.Buta ke?..!Malu-malu…,’hatinya merungut sambil mengutip buku-buku yang berterabur.

“Maaf-maaf .Ana tak perasan anti nak lalu sini.,”tegur seorang lelaki yang melanggar Imtinan dan menolongnya mengutip buku yang berselerak.
Imtinan memandang sekilas.

‘Hah!Dia ni?Zulqarnain?Bencinya aku tengok dia ni buat kali kedua.Nape lah aku jumpa dia.Aku tak suka dia,aku tak suka dia.’Imtinan cuba melawan kehendak hatinya yang mula memberontak menyukai seseorang lelaki iaitu Zulqarnain.

“It’s ok.”jawab Imtinan malas.Dia cuba mengawal rasa hati yang berkecamuk dan mengambil buku yang dihulurkan Zulqarnain.

“Oh sis yang ta…,”belum sempat Zulqarnain menghabiskan katanya,Imtinan meminta diri.

“Terima kasih.Pergi dulu.,”Imtinan tidak sanggup berada lama bersama lelaki yang membuat jiwanya kacau itu.

Imtinan pulang ke rumah dan menyandar di atas katilnya sambil memeluk bantal.Imtinan mula berfikir.

“Ya Allah..apa dah jadi dengan aku hari ni?.Aku benci orang?Pelik-pelik.Imtinan benci orang yang
dia jatuh cinta pandang pertama?Macam tak caya je…Imtinan,kau biar betul..,”tanya Imtinan pada dirinya sendiri.

“Benci-benci ni,ingatkan aku pada Is je…,”Imtinan berfikir,dan tidak lama selepas itu dia tersenyum.

“Itu dia…!Hah!Dah dapat! Yes! Aku tahu kenapa!,”hatinya puas.Dia telah menyelesaikan misinya.Lupa segala masalah yang dihadapi pada hari itu.

***

“Korang ada pergi mana-mana tak minggu depan?,”tanya Istiqamah pada ketiga-tiga rakan serumahnya sambil menonton televisyen di ruang tamu.

“Erm..Im tak keluar kot....,”jawab Imtinan ringkas.

“Saya pun tak.”jawab Wani pula.

“Kita tak tahu lagi la Is.Kenapa?,”’Izzah pula bertanya.

“Nah,jemputlah datang.,”Istiqamah menghulurkan kad jemputan perkahwinannya pada mereka bertiga.

“Ha…???!Is nak kahwin?,”serentak Imtinan,Wani dan ‘Izzah bertanya.Mereka terkejut kerana mereka tahu Istiqamah memang tiada teman lelaki dan sangat menjaga diri.Mereka juga tidak mengetahui
Istiqamah sudah bertunang.

“Bila Is tunang?,”tanya Imtinan masih terkejut.

“Bulan lepas masa Im tegur Is balik tu.Ingatkan Penyiasat Imtinan tahu.,”Istiqamah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.

“Oh..masa tu…Im dah lupa sebab dah lama.Bila buat persiapan?,”

“Is buat biasa-biasa je.Abi,Ummi yang banyak tolong Is.,”

“Eh,lupa pulak,sapa pasangan yang sangat bertuah tu?,”tanya ‘Izzah sambil membuka kad perkahwinan yang diberi tadi.

“Uwais Hakimi bin Khalid?,macam pernah dengar je?Siswa kita ke?,”tanya ‘Izzah minta kepastian.

“Aaa…pa…?Apa nama tadi?,”pantas Imtinan membuka kad yang diberi Istiqamah tadi.

“Uwais?Uwais yang Is selalu cerita tu ke?Yang Is benci sangat tu ek?,”tanya Imtinan bersemangat.
Istiqamah tersenyum.

“A’ah Izzah siswa kita.Im,a’ah dialah yang Is benci sangat tu.Sebenarnya,dulu Is suka sangat kat dia.Tapi…,”Istiqamah tidak sempat menghabiskan katanya.

“STOP…!!!,”Imtinan menunjukkan isyarat diam pada Istiqamah.Serius mukanya.

‘Izzah,Wani dan Istiqamah terkejut.Mereka menanti tindakan Imtinan seterusnya.

“Im tahu Is.Is suka sangat kat Uwais dulu.Tapi sebab Is tak tahu macam mana nak jaga diri sebab Is dah terjatuh cinta kat dia,Is menolak kehendak hati Is sampaikan Is benci pada Uwais.Walaupun kerana perkara kecil,Is jadi benci sangat-sangat kat Uwais.Dan Is juga tak tahu kenapa Is benci sangat pada Uwais.Rupanya hati Is menolak perasaan suka tu,sampai Is sendiri tak sedar itulah penyebab kenapa perasaan benci tu timbul.Betul tak?,”jelas Imtinan yakin dengan jawapannya.

“Hurmm..hurmm..macam mana Im tahu semua ni?,”Istiqamah hairan.Malu menguasai diri.

“Huhu..rahsia..!,”Imtinan malu menceritakan pengalamannya.

“Wah hebatlah Penyiasat Imtinan..,”puji ‘Izzah.

“A’ah ni baru betul-betul penyiasat.Lain kali boleh kita mintak Penyiasat Imtinan tolong selesaikan masalah kita pulak.,”tambah Wani pula.

“Hehe,no problem…!,”jawab Imtinan bangga.

Imtinan mula mengambil langkah berjaga-jaga.Sedikit demi sedikit,dia cuba menghilangkan rasa benci pada Zulqarnain.Dia cuba menghadapinya dengan tenang dan lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Segala masalah diadunya pada Allah.Hatinya makin tenang.Tiada lagi rasa benci pada Zulqarnain.Dia campakkan rasa bencinya pada yang berhak,iaitu Israel laknatullah dan semua musuh-musuh Islam.Boikot…!!

***

Pada pagi itu,sahlah perkahwinan di antara Uwais Hakimi bin Khalid dan pasangannya Istiqamah binti Mokhtar.

Selesai sahaja mengerjakan solat sunat pengantin,Istiqamah menyalami suaminya dan berbisik:

“Ana bencinta anta”
Lama mereka bersalaman,membiarkan orang disekeliling menangkap gambar.

“Apa maksudnya?,”tanya Uwais berbisik juga.

“Dulu ana benci anta,tapi sekarang ana cinta anta.”jawab Istiqamah tenang.
Uwais tersenyum bahagia mendengar luahan isteri tercinta.

“Ana juga cinta anti.Anti amanah ana.Akan ana jaga sebaik mungkin kerana Allah.” Uwais mengakhiri kalamnya.

Istiqamah merasa amat bersyukur dengan pasangan yang Allah telah tentukan padanya itu.Dia yakin dengan kemampuan suaminya itu untuk menjaga dia dan anak-anaknya untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Dia bertekad,takkan benci atau cinta seseorang itu lebih dari yang sepatutnya.Pengalaman hidupnya telah membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah S.A.W. Pesanan Rasulullah disematkan di hati.

***TAMAT***

Friday, September 17, 2010

Hati seorang gadis. :)

oleh siti maisara pada pada 16hb September 2010 pukul 9.54 ptg

dupdap dupdap.. cmtu eh bnyi aty? ehh bkn, bnyi jntung degup laa.. hehe~

ermm.. mnyentuh soal aty.. manusia manela yg x de perasaan.. kan?kan?kan? sume org ade.. namun, perlu dilihat cara mngawal aty itu agar tidak liar dan sumbing.


aku.. menyingkap kisah seorang aku yang penuh gula, garam, jeruk dan sbagainya bukanlah seindah mengunyah coklat berkacang.. tak tertaip dek tgn bg mceritakan secara tepat kisah aku ny.. ermm,

...................................................................................

dulu, aku aktif. ye ke? hehe~ segan nk ngaku diri aktif. mksud aku, aktif msok ptandingan laa.. dan juga aktif bergaul. mungkin. sebab.. aku bergaul ngan org yg aku knal jer. :P

mase kekecik dulu, sering juga lah di kutukkutuk, dipujipuji. biasala, manusia.. (terimbau pulak mse kekecik) aku ade banyak skola. asek pinda2, cmne la x de bnyk skola.. hehehe~ mse drjah enam stop skola, then skola kt tmpat laen. pastu, mase form 1 skola laen, then pinda skola laen.. hehe.. hijrah lahh kot :P

alkisah mse form 1, ak ade sorang jer kwn rapat mse tuh, kt skola yg memula baru.. then jd skola yg paling bnyk kenangan. ak skola kt skola tu 3 taon kot.. slama 3 taon, memacam fi'il ak jumpa. dan, slama 3 taon gak.. ak ade sekolompok kwn baek. n till best fren smpai skrg n tetap best fren utk slamanya.. :)) kongsi2 rahsia.. gi msk2.. gi jejalan, ronda2.. tgkap gmba gila2.. & bnyk lagi. huhu~ memacam kann? indah sgt mse tu.. dan..kekadang mse kongsi2 rahsia.. kita kongsi2 air mata kita kann? ermm.. air matamu, airmataku jua..


kawan, igt lagi takk.. antara kte ade yg dpermainkan sang lelaki.. dkalangan kte juga.. ade yg kcundang dlm pcintaan..huh, cinta monyet, mne nk btahan.. Allah pon x redha.. ermm..

mse tu, sedeyh je.. kan?kan?


kawan, dulu.. ak pon pnah tlibat dlm kes hati ny.. dan, bimbang terlibat sekali lagi.. dulu.. ak jahil.. jahil.. jahil sgt.. lelaki, mne la pnah setia.. dlm hati mreka .. ramai kot yg pnah brada dlm hati sang lelaki.. ah, biarkan la mereka2 tu.

kawan, cinta manusia ternyata buta.. ak kecewa.. terluka.. dan sbgainya hnya kerana mnusia. padan la ngn muka aku.. kerna dok kejar cinta mnusia..

kawan, mungkin.. hingga kini ak syg lelaki tu. ak benci diri ak yg masih teringat akn dia.. utk apa ak mngejar dosa. zina hati yg ak hampiri.. ermm.. Ya Allah, ak bukan baek.. ak cuba utk jadi baek.. lindungi ak dari hampiri zina..

kawan, abg aku bnyk kali marah2 kt aku.. sbb .. mseh syg lelaki tu. aku setia? utk apa? tiada guna.. tp knape hati ini degil? butakah aku? abg ak kata.. lelaki yg ak syg tu da ade bnyk ex-gurlfren. ak terluka. lalu, perlu kah ak tetap mnunggu?


Ya Allah, sgt sukar utk mncari sang lelaki yg dlm hati nya cme ada Engkau dan seorang gadis shj.

tapi.. knapa lelaki sering bkelakuan seperti tidak bersalahh? melukakan hati perempuan itu tidak salah mungkin. benar x salah?

hari ini.. ak terasa lemah.. tatkala menaip nota ny.. ak cuba cari kekuatan. ingin tahu mengapa? kerana.. hari ni, abg ku sedarkan ak yg jahil, idiot dan sbgainya.. agar tidak mngejar cinta mnusia yg sekadar berpura2.kejar cinta Allah lebih baek.


aku mnyesal aku melayan dia.. membiar dia berada di hati.. mudah2an selepas ini.. tiada lagi ingat akn dia.. amin~

doakan aku, kawan.

"aku harap, tiada kawan aku yg tlibat dlm cinta monyet ini. ingatla, cinta mnusia ketika belum smpai waktunya hanya bakal mmbuat anda kecewa.. cinta pd mse itu tiada erti . cuma sekadar menghampiri zina.dosa yg kita peroleh."

kejar cinta Allah lebih abadi.

ak bukan baek. aku belajar utk menjadi baek.

ingatla, jgn tunggu hidayah dtg kt kita.. tapi biar kita dtg kt hidayah. mksudnya. bia kita yg cari hidayah dan bukan hidayah cari kita..

bila da dpt hidayah, jgn disia2kan..

niatku pada mse kini, aku ingin padam sume kisah memori ak yg tidak elok utk dikenangkenang. doakan ak bjaya! :)

ak ingin beruba..

andai ak mjadi rumput, tentu saja ak tidak akn hadapi kerosakan2 hati.. kerana rumput tidak punya hati.. namun, aku tetap bersyukur kerana menjadi seorang khalifah kerana.. aku bisa memiliki kehidupan yg ada warna warni .

akhir kalam, jgn contohi yg buruk tapi turuti yg baik.

kisah ini cuma sekadar kisah yg aku ingin kawan fikirkan yg mana baik dan yg mana tidak baik.

mungin ada yg mhadapi kisah seperti saya. jgn bimbang. muslimah mesti kuat! sama2 berubah ke arah yg lebih baek.

Thursday, September 16, 2010

aidilfitri jugaa :P


hari raya hari terindahh kott.. ak bru m'upload gmba yg bagai rupa nihh. hee~ erm.n bnyk knangan maa.. :P oke la.. saksikan jelaa gmba2 ny ea.. :))



tadaaa :P family kumpulkumpul.mse ny kat perak lorhh.. xsangke lak ade sedare kt sne. hee~ jarang jmpe laa.. time raya la masanya..!


sempat lagi text msg. he~ msg kwn jer pon. dak fera jer la yg sudi text ngn ak. :P mekasehh mekasehh.. :P


ahha! mse ny smbut besday mamamama kt perak. atok ak wish skali. barupindaa jer kot mereka2 ny. :P mekasehh sbb smbutkan besdat mama. yg bju purple 2 ak laa.. :P


ahhaks! my andak. pakcik busuk masam. andak pakcik terapat kot. :P nyway, beliau bakal kawen. taon dpn ler. erm, ak pose cm tahan sumthin jer. hee~



look like hepi rite? mmg hepi pon.. hee~ syukur dapat family cmny. :Pmoga kekal slamanya.. :))

Saturday, September 4, 2010

WANITA , Dirimu Begitu Berharga

www.iLuvislam.com
Oleh : bmoh
Editor : everjihad

Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu




Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

Oleh : Fakhrul Radzi

Editor : almusafirq8

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?

Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?

Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....

Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***

Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."<

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

**** PENONTON TERCENGANG! ****

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". (Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

>Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?

Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?

Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?

Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...

Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?

Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".<

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.

But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk >‘touch n go'

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping." "Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..." "Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... "Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu." "Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVENDIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "

Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat?? Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.> Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'. Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? ‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. ‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.

‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.

Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. ‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "

**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?" " Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****


Teruskan Perjuangan Kalian...

rindu dengan sekolah lama.. :))
cikgu2, trima kasih atas segalanya..