selamat ziarah :)


selamat membaca .

Saturday, July 31, 2010

wahai.. wahai.. wahai..

oleh : Fadzlin Afiqah pada 31hb Julai pukul 11.20 ptg

Wahai diri,kenapa kau diturunkan di dunia ini??
Wahai diri,tahukah engkau tujuan engkau diturunkan di dunia ini??
Wahai diri,terfikirkah engkau mengapa engkau berdiri di bumi ini??

Wahai hati,diri ini diturunkan di dunia ini utk menjadi Khalifah..
Wahai hati,tujuan diri ini diturunkan ialah untuk menjadi khalifah..
Wahai hati,diri ini berdiri di dunia ini utk menjadi khalifah...

Tapi wahai diri,kau buatkah semua yang harus dilakukan seorang khalifah..Sudahkah kau mencari sebuah legasi untuk kau berlabuh..Sudah kau mencari sebuah daratan untuk engkau mendarat...Sudahkah engkau mencari kasih dan cinta yg satu???
Belum lagi!!!Itu yg aku tahu wahai diri..Kau kotorkan aku dengan maksiatmu,kau kotorkan aku dgn dosa-dosamu,dan kau kotorkan aku dengan kealpahaan dirimu..Sedarlah wahai diri..Sedarlah sebab kenapa,mengapa,dan tujuan engkau diturunkan di SINI!!Di dunia ini!!

=)Ukhwah yang indah lahir apabila kita saling mengingati...

YA ALLAH!!MENGAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN INI???

oleh : Nur Fatin Nabilah Khairuddin pada 31hb Julai pukul 10.06 ptg

"Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...


...Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


rasa FRUST dan tak puas hati??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Wallahu a'lam...Marilah kita bersama-sama muhasabah diri...
By fatin nabilah..

HAKIKAT KEHIDUPAN - Ibnu Uthman



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Herat
Yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannyam,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...

Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita......"

Secebis Ingatan Buat Adam

www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: Epid
Editor: Nazarudin


Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…

Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…

Kerana Indahnya Pelangi

www.iluvislam.com
Oleh : Insyeerahusna
Editor : Erma Farida

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam,Selangor.Salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia.Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat,dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun.Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain,kerana terjadinya pulau haba bandar.Sudah hampir setahun aku di negeri ini,menjadi penuntut di UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan.Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua penuntut.Ada yang sudah menarik selimut,bersedia untuk memejamkan mata,ada yang meneruskan ‘study’ namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan,memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya.Subhanallah,sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya.

Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk belajar.Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir,bimbang sesuatu yang buruk berlaku.Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar panjang,moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat.Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta..


“kadang-kadang Allah turunkan hujan


Ditambah dengan guruh


Siap dengan kilat lagi


Kita tertanya-tanya


Kemana perginya matahari?


Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah”


Photobucket

Aku tersenyum sendirian,kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini.Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu.Mungkin bagi orang lain,ungkapan ini nampak biasa,tapi bagiku ia besar maknanya.Pelangi,ciptaan Allah yang begitu indah.Hingga hari ini,tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah.Sesungguhnya,dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa.Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku.Kisah bermula semasa di alam sekolah menengah lagi.Dengan izin Allah,berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang,aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air.Pada mulanya aku agak terperanjat.”Adoiii..sekolah agama lah pulak..Confirm tudung labuh ni..parah-parah..”aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh,kerana kakak sulungku juga bersekolah di sekolah berasrama penuh.Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah itu atau sebaliknya.Lidahku kelu untuk bersuara.Nak diikutkan hati,tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain,tak ke malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama.Lantas aku menjawab “macam ni lah ummi,abah..kakngah nak tunggu sampai minggu depan..kalau tak dapat tawaran mana-mana jugak,kakngah pergi sekolah tu.”Ummi dan abahku tersenyum ,dan aku pula serabut memikirkan apa yang bakal berlaku.

Benar seperti apa yang sering dikatakan,janji Allah tidak siapa yang bisa mengubahnya,walau sekuat mana kuasa sesorang itu.Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali,aku ditempatkan di sekolah agama tersebut.Selama 5 tahun berada di sekolah itu,aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru.Di sana,kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah,tazkirah,majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan.Seperti salah satu ayat Al-Quran
“Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.”



Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini.Benar,aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini,cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan.Justeru,mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini.Semakin lama mempelajari semua ini,aku sendiri dapat menyedari perubahan dalam diri .Hatiku menjadi sangat lembut,mudah tersentuh dengan apa sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku.Syukran Ya Allah..Syukran..terima kasih kerana menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara hati ini dari terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai olehmu.Amin..

Namun,langit tak selalunya cerah.Hidup tak selalunya indah,kerana hidup ini umpama roda.Ketika berada di atas,jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah,dan ketika di bawah,percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas.Akan tetapi fitrah manusia biasa,mahukan yang baik dan indah belaka.Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah,semakin banyak ujian dan dugaan yang datang,untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah.Kata orang,ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga rakan-rakan sebayaku.Tahun ini,kami akan menjalani satu peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami,iaitu SPM.Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan sebenar kepada diriku.Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan.Aku merasakan seperti ada yang tidak kena.Hatiku gundah gulana,resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku.Biarpun hanya peperiksaan percubaan,ia amat penting kerana soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan tingkatan 5.Justeru,aku anggap ia seperti SPM sebenar.Ketika keputusan dipaparkan,aku lihat dari jauh rakan-rakan ku berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan.

Lantas sahabat baikku,Izzah Hanani mengajakku melihat keputusan.

“Eh Ira,hari ni result keluar kan.Jom kita pergi tengok nak.Izzah rasa dah ramai yang tau result diorang.Kita je belum tau.Jomla”

Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam ‘pensel case’ biru kesayanganku.Kalau diikutkan hati,entah mengapa agak berat untuk aku pergi namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu beriya-iya mengajak,aku gagahkan jua kaki ini.Kami bersahabat sejak tingkatan satu.Ketika di tingkatan 3,Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan empat.

Ketika dalam perjalanan melihat result,sahabatku bertanya;

“kenapa ngan Ira hari ini..senyap je..selalu dia yang banyak mulut..time result plak selalu dia orang yang semangat..hari ni monyok je”

Aku tersenyum kelat.Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.Sebetulnya fikiranku kosong.

“entahlah Izzah,hati ni rase tak sedap je..takut dapat result teruk..hari tu jawab macam tak yakin jew..”

“oh..itu sebabnya monyok je..takpelah Ira..Ira dah buat yang terbaik..dah usaha dan doa..sekarang tinggal tawakkal je..apa pun keputusan Ira,anggaplah ia yang terbaik dari Allah..kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..ingat tu..lantas memeluk bahuku dari belakang.Begitulah indahnya berukhwah,andai diikhlaskan kerana Allah.Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan.

Ketika dalam perjalanan itu,kami berselisih dengan Ayu,rakan kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi,yang juga roommateku.Nampak tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu.Mesti result ok,fikirku.

“Ayu,dah tengok result ke?”Izzah memulakan bicara,sekadar menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat.

“dah..korang belum ke?aku dapat 8A..no dalam form no 7..saiful pun dapat 8A,no dalam form no 5..beza sikit je..yahoo!!sukanya aku..tu lah,sekarang terbukti kan..walaupun korang sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni,result kita orang maintain tau..lepas ni kan ira,bolehla kau cakap kat kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu..tak yah sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni..buang masa..terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka hebohkan tu..silap hari bulan,lepas ni ahli-ahli badani yang jadi ‘hot couple’ kat sini..haha..Ayu ketawa besar lantas melangkah meninggalkan kami.

Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang dilemparkan.Benar kata orang,rambut sama hitam,hati lain-lain.Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA),tidak semua penuntut akhlaknya "A". Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah tanpa segan silu ber ‘couple’,berkirim surat dan lain-lain yang membawa kepada zina hati.Nauzubillah,semoga aku terlindung dari golongan itu.

Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus memujuk.

“alah..biarlah Ayu tu nak cakap apa..macam la Ira tak tahu mulut dia memang laser..sabar je..Allah sayang tau orang yang sabar..tak baik kalau Ira simpan dendam..nanti ada titik hitam dalam hati..jom cepat kita pergi tengok..masa rehat tinggal 10 minit je lagi ni..kejap lagi time fizik..Teacher Haniza tu kang,kalau masuk lambat..tahu-tahu jela..silap-silap belajar kat luar kelas kita hari ini..

Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah.

Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan itu.Apa?5A je aku dapat?Astaghfirullah..biar betul ni..Ya Allah,hebatnya ujian kau kali ini..berilah aku kekuatan..Sesampainya kami di sana,kawan2 ku masih ramai.Dengan bersesak-sesak,aku berusaha mencari nama ku.Aku mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan,yang memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20..kira ‘top20’ dalam form lah..Hah???nama aku tak de??biar betul ni..tak kan tercicir kot..selalu nama aku dalam senarai top10,paling tidak top20.kenapa kali ni tak de?Dalam helaian itu,dapat aku lihat nama Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A..Oh,tahniah sahabatku..macam mana pulak ngan aku??Aku terus melihat ke helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku berada di atas sekali,bermakna aku dapat no21 dalam form!!

Ketika itu,hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku.Seolah-olah aku mahu menjerit sekuat hati.Mahu menangis dan meraung sepuasnya..Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku dengan result itu.Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur,namun ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku,mutiara jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat membasahi pipiku..Oh sahabatku..Seandainya kau tahu perasaanku ketika ini..

“Ira,Izzah dah tengok result kita dua..Ira sabar ye..mungkin bukan rezeki Ira kali ini..”ucap Izzah tenang

“tapi kenapa Ira,Izzah??..kenapa Ira..kenapa bukan orang lain..kenapa?apa salah Ira?apa dosa Ira?cakap- Izzah,cakap..

“Ira,ingat Allah..tak baik Ira macam ni..seolah-olah Ira tak redha dengan apa yang Allah bagi.Kan semua ni datang dari Allah..siapalah kita untuk mempertikaikannya..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.Ira kena sabar dan kuat”
“memang Ira tak redha..memang Ira marah..marah sangat-sangat..Izzah cakap senangla..Izzah dapat result ok..sesiapa yang dapat result ok memang akan cakap macam tu!!!!!! aku menjerit sekuat hati,melepaskan perasaan yang dari tadi terbuku.Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang melihat aku menjerit.Pasti mereka terkejut,tidak pernah melihat aku dalam keadaan sebegitu. Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis..kemana harus aku membawa diri,aku sendiri pun tidak tahu..biarlah..biarlah apa orang nak kata..biarlah kaki ini yang menentukan arah langkahku..Cuma dalam fikiranku,ada satu tempat yang terlintas.Tempat yang menjadi penenang hati buat setiap insan.Tempat yang menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini,untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Aku pasti..aku pasti akan ke situ..lantas mempercepatkan langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun.

Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga,melangkah longlai masuk ke dalam kelas.Bukan tidak mahu memujuk,tapi melihat aku dalam keadaan begitu,dia lebih matang dalam membuat keputusan.Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku,doanya untukku.

“Ok kelas,saya mintak maaf.Hari ni saya tak dapat mengajar sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan peperiksaan percubaan kamu semua.Saya nak nanti Zulhilmi,pergi meja saya dan ambil ‘worksheet’.Saya dah siapkan,ada 25 soalan semuanya merangkumi topik2 tingkatan lima.Dan saya nak,kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila masa saya tamat.Jelas kan arahan saya?Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti siapkan kerja yang diberi.Kalau boleh buat sendiri dan jangan tiru kawan,kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu dimana.Kelas berikutnya saya akan bincang soalan2 yang tak dapat dijawab.Faham semua?saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar ada cikgu-cikgu yang ‘complain’ kelas 5 Al-Farabi bising.Kamu kelas yang terbaik,mesti tunjukkan peribadi yang elok juga..saya keluar dulu”tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik yang kami panggil Teacher haniza itu.Di sebalik ketegasannya itu,dia seorang yang yang sangat penyayang.Berkat ketegasannya juga,keputusan fizik kelas kami tidak pernah mengecewakan.

Di masjid,aku duduk menyandar di dinding sambil memeluk kaki.Meskipun sudah berhenti menangis,aku belum bersedia untuk ke kelas,di tambah pula dengan mata yang bengkak dan muka yang merah.Di saat keseorangan sebegini,bermacam perkara bermain di fikiranku.

Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku.Yang pasti,aku mendapat result yang teruk hari ini.

Ya Allah,besarnya ujian yang kau berikan hari ini.Apakah dosaku Ya Allah?Aku study,aku solat,aku doa,aku hormati guru malah aku tidak pernah terlibat dengan couple2-couple..Serba- serbi aku jaga.Apa lagi yang tidak cukup?Aku bermonolog sendirian.

“Benar kau sudah study,doa,solat..tapi mungkin Allah belum kabulkan permintaan mu.Sabarlah.Dia akan makbulkan,cuma masanya belum tiba.Dia mahu kau terus berdoa dan meminta daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya.Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau dengannnya” suara imanku berbicara.

“Ahh… lagi-lagi usaha..balik-balik doa..bosanlah kalau macam ni..kau dah buat semua tu..sepatutnya kau dapat ganjaran yang setimpal!!!..syaitan mula membisikkan kata2 hasutan

“Astaghfirullahalazim..tak baik kau marah sebegini..andai kau marah..pada siapa kau marah?pada Allah bukan?layakkah kita untuk memarahiNya sedangkan Dia yang mencipta dan memberi nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah,sepatutnya kau bersyukur,bukan mengeluh sebegini.Masih ada kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau,tapi mereka sabar dan redha.” Iman masih cuba memujuk.

“Alah..kau tu je yang kononnya baik sangat..solat jemaah,join usrah,hormat guru,tak nak couple-couple..bukan apa sangat pun..cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain..couple,tapi result lagi gempak dari kau..kalau betul Allah sayangkan kau,Dia tak bagilah ujian macam ni..sedarlah sikit..”

“Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu.Kuatkan iman,ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah .Ujian yang datang mungkin sebagai teguran lembut dari Allah.Mungkin cara study salah,dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan kecil yang kau abaikan..Allah mahu kau muhasabah diri..Andai tak diberi ujian begini,kau tidak akan sedar..kau akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak..kerana kau hanya insan biasa yang lemah,kau bukan seperti nabi yang maksum!!”

“Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya..berdoalah kepadaku,nescaya akan ku perkenankan doamu..Hah..Allah sendiri dah janji..tapi tak bagi pun..Allah dah memungkiri janji kepada kau!!Allah tak adil!!buat apa lagi kau ikut perintahnya..Dia tak pedulikan kau lah..”syaitan belum mahu mengalah.

“MasyaAllah.. sekali lagi jangan kau marah pada tuhan..mengucap..beristighfar..Yaa..Allah memang sudah berfirman akan memperkenankan doamu..namun kau harus ingat,Allah juga ada 99 sifat mulia.Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Memberi Rezeki..Kaji pula firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286.Antara firmannya..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..

Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya..Yakinlah..Jangan kau berputus asa..Ini baru dugaan yang kecil..Lupakah engkau,semasa zaman rasulAllah dahulu,lebih hebat ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat..kemiskinan,kematian keluarga,sahabat di medan perang..tapi mereka tidak kecewa,tidak resah..malah redha dengan ketentuan Allah..Hingga sebahagian dari mereka telah pun dijanjikan masuk syurga..”

Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup aku kenali memberi salam.

“Assalamualaikum..Izzah dah agak Ira kat sini”katanya lembut sambil menyusun langkah kearahku.

“Waalaikumsalam..Teacher tak masuk kelas ke??”soalan pertamaku kepada Afiqah..

“Tak..cikgu-cikgu ada mesyuarat,tapi teacher ada tinggalkan kerja dan mesti dihantar hari ni..jomla kita balik kelas,nanti Ira tak sempat nak siapkan kerja tu..Ira ok kan..Izzah yakin kawan baik Izzah ni kuat orangnya.”

“entahlah Izzah..kadang-kadang Ira rasa Allah tak sayang kat Ira..Dia tak bagi apa yang Ira nak..Buat apa Ira study lagi..Study bagai nak pecah kepala,tengok-tengok result dapat 5A je..”entah kenapa,kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutku.”

“Ira..sekali lagi Izzah cakap..Ira kena redha..memang susah untuk capai redha ni,tapi usahalah kearah itu..mungkin hari ni rezeki Izzah..esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak..bumi Allah ni luas Ira..rezeki ada di mana-mana..Yakinlah dengan janji Allah..Ingat prinsip hidup kita

“PUT OUR TRUST TO ALLAH AND REMEMBER..ALLAH ALWAYS BE BY OUR SIDE”

serentak kami menyebut pegangan hidup kami bersama.Kata-kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan Izzah hingga hari ini.

“Hah..macam tulah orang yang kuat..kuat melawan tipu daya syaitan..kuat juga melawan hawa nafsunya..bukan sekadar kuat fizikal,tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah jatuh.Dah,jom cepat.”

“Hah..padan muka kau syaitan..hari ni seorang anak adam tak berjaya kau hasuti..Aku berkata sendirian..Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah,menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik,bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik kegelapan.Kalau Izzah tak datang tadi,mesti aku dah ikut cakap syaitan untuk terus ‘stay’ kat masjid dan ponteng kelas.Syukur Alhamdulillah..”

Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa,jadual aktiviti masjid adalah ceramah agama.Dalam organisasi BADAR,aku dilantik menjadi timbalan ketua biro lajnah masjid.Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti kebersihan,keceriaan, peralatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid,termasuk ceramah.Malam itu,aku berasa tidak sedap badan.Maklumlah,sudah seharian aku menangis.Namun,amanah harus dijalankan.Dengan bantuan Izzah,aku memanggil Hafiza,AJK di bawahku untuk memberi pesanan.

“Hari ni akak tak berapa sihat la.Fiza ‘handle’ masjid ye.Panggil semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan.. Pastikan mereka tidak bising semasa ceramah.Pesan pada mereka ,sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti.”

“oh..itu kerja senang je..selalu nampak akak je handle,teringin jugak berada depan semua pelajar..Hehe..Akak jangan risau,Fiza akan buat dengan baik”

“terima kasih”ucapku ringkas.

Ceramah dari Ustaz Zukilan,salah seorang ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja.Sebelum menunggu ustaz datang,aku menoleh-noleh kearah belakang,meninjau keadaan pelajar puteri.Alhamdulillah,semuanya dalam keadaan baik dan terurus.Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas,bersedia untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz.Pastinya mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi ulasan.Aku tersenyum. Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan dengan baik.

“Assalamualaikum anak-anak sekalian…”Ustaz Zukilan memulakan bicara.

“Waalaikumsalam ustaz..”kami ramai-ramai menjawab salam yang diberikan,kerana semua orang tahu menjawab salam itu wajib hukumnya.

“Alhamdulillah,dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu seperti malam-malam rabu yang lepas.Hari ni ustaz nak membincangkan tajuk yang ustaz rasa,sangat menarik.Tajuknya adalah ‘Qada’ dan Qadar dari Allah,sejauh manakah kita beriman dengannya??

Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah.Sebolehnya aku mahu keluar sahaja dari masjid.Dia yang memahami keadaan diriku,mengeratkan genggaman dan mengusap-usap belakang tubuhku.Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa yang berlaku dalam hidupku hari ini.

“Hah..ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan..Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama.Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama.Kita mugkin lebih dari segi ini,tetapi kurang pula pada bahagian lain.Kalau kita kekurangan dalam sesuatu,jangan rasa lemah,kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan.Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya..InsyaAllah..Ketika kita ditimpa ujian,jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya.Ustaz bagi satu contoh,katakanlah kamu ‘plan’ nak keluar dengan kawan2-kawan masa cuti penggal nanti..Kira plan yang habis-habisan la..nak shopping,tengok wayang,main bowling dan macam2-macam lagi la..Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat..kamu mesti rasa sedih,frust,kecewa dan marah.Kiranya ini ujian untuk kamu la..tapi,sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya.Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan,kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju.Akibatnya terlibat dengan kemalangan.Nah..itulah rahmatnya,Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu..tidakkah kamu sedar?Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya.Setiap ujian yang datang,manusia akan mula menyalahkan orang lain.Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah.

Ingat firman Allah yang berbunyi “mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Oleh itu,kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita.Dia nak hambanya tak terpesong jauh,kembali mengingati diriNya.Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian,tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa.”terang Ustaz Zukilan panjang lebar.

Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul rasa penyesalan. “Tak sepatutnya aku marah atas apa yang berlaku..aku kena redha dan muhasahabah diri..Ya Allah..aku bertaubat kepadamu..ampunkan dosa hambaMu ini..”


Photobucket


Selasai ceramah ustaz,kami solat isya’ berjemaah.Itulah uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama dalam kehidupan seharian.Di sebelah pagi,kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu duniawi,sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk memperoleh ilmu akhirat.Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup.Malam itu aku solat sunat taubat.Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa,kerana siang tadi aku mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah.Itulah hebatnya godaan syaitan,andai iman tidak kuat untuk melawannya,entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat.

Dua bulan berlalu,aku tinggalkan kesedihan atas keputusan peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih kuat.Aku gandakan usaha dan doa,moga Allah permudahkan segala urusan.Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan.Persiapan sudah rapi,senjata sudah diangkat,tunggu masa untuk digunakan.Kami melangkah masuk menuju medan perang yang sebenar,iaitu Dewan Saidina Ali.Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang,juga dewan yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ketika keputusan diumumkan.Kami menjawab dengan sehabis baik,berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun.Kata pepatah,alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Alang-alang belajar 5 tahun disini,biarlah pulang membawa berita gembira.InsyaAllah.

Selasai peperiksaan selama 2 minggu,kami pulang ke rumah masing2.Sebelum berpisah,kami mengadakan salam ukhwah yang begitu sinonim disini.Kami berpelukan,memohon maaf dan berterima kasih sesama sendiri.Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung,pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan.Aku dan Izzah sempat bertukar hadiah,memandangkan dia akan berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya.Aku menangis,tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri.Dalam suasana begitu,Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia berpindah di dalam Malaysia sahaja,bukan ke luar negara.

Masa berlalu begitu pantas.Cuti 3 bulan selepas peperiksaan SPM sudah tamat.Tibalah masa yang dinanti-nantikan,iaitu keputusan peperiksaan SPM.Tanggal 19 MAC 2010,hari yang tak mungkin aku lupakan.Pagi itu,aku bersiap untuk ke sekolah.Jantung di dada berdegup kencang,sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan mata.Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami.Jika dia bertolak dari Rawang pagi itu,mungkin dia tak sempat untuk berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain.

Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai.Debaran di dada masih terasa.

“Ummi,kak ngah nak baliklah.Takut lah ummi”

“Lah,kan dah sampai ni.Tak nak tengok result pulak.Apapun yang terjadi,ingat itu yang terbaik dari Allah.Cepatla,nanti tak sempat jumpa kawan-kawan.”

“Macam mana kalau result tak OK?Ummi marah kak ngah tak?”

“Ya Allah budak sorang ni.Banyak sangat tanya.Ummi tak marah,kak ngah dah usaha dan doa.Result tu tetap kena ambil,walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun.Jom ummi temankan masuk dewan”

Di dewan,aku dapat lihat pelbagai reaksi.Ada sahabat-sahabat ku yang ketawa gembira,ada yang sedang menelefon dan ada juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil menangis. Menangis?Gembira atu duka? “Alamak,macam mana pulak dengan aku nih.”

Dari jauh,aku lihat guru kelasku,Puan Azliza melambai tangan kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau.Sesampainya di sana,aku dipersilakan duduk.

“Cikgu,result saya Ok tak?”aku tak dapat lagi membendung rasa ingin tahu.

“Agak-agak kamu macam mana?”itu jawapannya.Aduh cikgu ni,main teka-teki pulak.Aku dah la nak terkencing ni,jantung pulak rasa nak tercabut.

“Kalau saya,apapun result saya,saya terima dengan redha.”jawabku ringkas,sekadar menghilangkan perasaan gemuruh.

Guruku tergelak kecil,lantas meletakkan sebuah fail dihapanku.

“Bukalah,result kamu ada dalam fail tu.”

Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi disebelahku.Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan.

“Bismillahirrahmanirrahim…dengan tangan kanan,aku membuka perlahan fail merah itu.Serentak itu juga,guruku berkata;

“Tahniah,kamu dapat 7A.Walaupun tak dapat straight A,itu dah cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu.Untuk pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah.

Saat itu,tak dapat aku gambarkan perasaan ini.Ummi terus memelukku lantas mengucapkan tahniah.Aku pula tidak henti-henti mengucapkan syukur dalam hati.Alhamdulillah Ya Allah,terima kasih atas nikmatmu hari ini.

Selesai bersalaman dengan guru kelasku,aku pergi mencari rakan-rakan ku.Guruku juga memberitahu bahawa Izzah memperoleh straight A, 12A.Tahniah sahabatku.Di suatu sudut,aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain.Kami berpelukan,mengucapkan tahniah sesama sendiri.Kami berbual seketika,menunggu rakan-rakan yang lain sambil bercerita arah tujuan selepas ini.Masing-masing dengan pilihan mereka.Ada yang nak sambung form 6,ada yang nak apply maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang sains.

Dalam perjalanan pulang,hujan lebat turun.Hujan rahmat,fikirku.Tanganku pula tidak henti-henti membalas SMS yang dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari saudara-mara.Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh.Seperti selalu,selepas habis hujan,aku akan menuggu pelangi muncul.Aku bertuah hari itu,aku berpeluang melihat pelangi.Pelangi yang begitu indah.Subhanallah.Hari ini juga aku dapat pelangi yang baik,iaitu keputusan exam SPM.

Benar lah disebalik ujian,ada hikmahnya.Di sebalik hujan,ada pelanginya.AKU SUKA KAU PELANGI!!!!!

Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu SegenggamTabah dari kumpulan UNIC.

“Eh,bukan no Malaysia ni..Izzah Hanani!!!”Hanya itu yang terlintas difikiranku..Sudah lama dia tidak menelefon,kerana itu aku tidak ‘save’kan nombornya.Selama ini,kami hanya berhubungan di Facebook atau YM.Selepas keputusan SPM diumumkan,dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah dalam bidang kejuruteraan.Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam,dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar..Pada hari pemergiannya ke sana,aku tidak dapat menghantar ke KLIA kerana terikat dengan peperiksaan,cuma dia sempat menelefon beberapa jam sebelum pergi.

Katanya “Ingat,pelangi itu indah..Ia pasti akan muncul..Lebih indah jika kita sabar menunggunya”


KERANA INDAHNYA PELANGI


TAMAT

Friday, July 30, 2010

Siapa anak soleh solehah?

“Mari kita berteduh di gua itu!” jerit seorang pemuda kepada kawan-kawannya. Mereka adalah tiga sahabat pengembara yang terperangkap dalam hujan lebat ketika menuju ke suatu tempat.
“Lihat! Di sana ada sebuah gua!” tunjuk pemuda pertama apabila terpandang ke arah sebuah gua di kawasan berbukit tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
Berlarilah mereka masuk ke dalam gua itu merempuh hujan yang semakin mencurah. Hujan lebat turun bersama angin kuat. Mereka bertiga hanya mampu melihat pokok-pokok di sekitar melentuk liuk di tiup angin kencang dan hujan lebat. Beberapa batang pokok tumbang. Hujan semakin lebat.
Gua tempat mereka berlindung dari hujan lebat dan angin kencang itu hanya mampu memuatkan mereka bertiga. “Alhamdulillah, kita bertiga dapat berlindung di dalam gua ini sehingga hujan berhenti.”
“Angin bertiup semakin kencang. Pokok-pokok pun ada yang tumbang!”
Seketika kemudian dengan tidak disangka-sangka sebuah batu dari atas bukit jatuh tepat di hadapan lubang masuk ke gua. Batu besar itu menutup pintu gua. Keadaan menjadi gelap dan mereka bertiga saling terkedu. Kedengaran hujan masih lebat mencurah di luar.
“Kita terperangkap!” jerit pemuda kedua. “Batu ini sungguh besar!”
Mereka terperangkap di dalam gua. Batu besar menjadi penutup lubang gua dan menghalang mereka meninjau perkembangan di luar apatah lagi bagi mencelah keluar. Mereka duduk berfikir cara melepaskan diri sehingga bunyi hujan tidak kedengaran lagi.
“Hujan sudah berhenti. Mari kita tolak batu ini!” cadang salah seorang daripada mereka.
Ketiga-tiga pemuda berusaha menolak batu besar yang menutup lubang gua. Mereka menolak sekuat tenaga namun batu besar itu langsung tidak berganjak. Akhirnya mereka tersandar di batu besar keletihan.
“Batu ini terlalu besar dan berat. Tenaga kita bertiga pun tidak terdaya menolaknya,” suara keluhan mula kedengaran di kalangan mereka.
“Marilah kita berdoa kepada Allah. Jangan kita berputus asa,” Pemuda pertama menoleh kepada kawan-kawannya dan mereka saling berpandangan.
Mereka diam buat seketika dalam suasana kelam tanpa cahaya itu. Sekali lagi mereka berfikir cara melepaskan diri dari gua itu. Selepas lama diam mereka kembali berpandangan.
“Apa ikhtiar kita sekarang?”
“Kita tidak mungkin terdaya menolak batu itu walaupun bertiga.”
“Memang benar. Apa lagi kekuatan yang kita ada?”
Ketiga-tiga mereka tersandar di batu besar. Letih dan penat selepas mencuba berulang kali menolaknya. “Mari kita sebutkan amalan terbaik yang pernah kita lakukan. Mudah-mudahan dengan menyebut kebaikan yang kita pernah lakukan itu, Allah mengeluarkan kita dari gua ini.”
“Ya. Itu sahaja ikhtiar kita.”
Ketiga-tiga pemuda itu lalu berdoa dan menyatakan kebaikan masing-masing. Dimulai oleh pemuda pertama. Dia menadah tangan lalu menyebut kebaikan yang dianggapnya terbaik pernah dilakukan. Beliau memohon sepenuh harapan kepada Allah supaya membebaskan mereka dari terus terperangkap di dalam gua itu. Selesai sahaja pemuda pertama bercerita, batu besar yang menutup pintu gua itu berganjak.
“Lihat! Batu besar itu bergerak!” jerit pemuda kedua dan ketiga.
Pemuda pertama memeriksa ruang yang terbuka itu. “Masih tidak dapat melepasi badan kita.”
“Biarlah saya pula berdoa dan menyatakan satu kebaikan yang pernah saya lakukan.” Pemuda kedua pula menadah tangan menyebut kebaikannya. Habis dia berdoa, sekali lagi mereka dapati batu besar di pintu gua berganjak.
“Alhamdulillah! Batu besar itu berganjak lagi!” ujar pemuda kedua
“Tetapi masih belum melepasi badan kita,” kata pemuda pertama pula apabila cubaannya menyelit keluar di mulut gua gagal.
Ia memberi semangat pula kepada pemuda ketiga bagi memanjatkan doanya bersama menyebut kebaikan terbaik yang pernah dilakukan sepanjang usianya. “Kini giliran saya pula! Mudah-mudahan kita terlepas dari ujian ini.”
Pemuda ketiga menadahkan tangannya memulakan pula menyebut suatu kisah. Manakala kedua-dua temannya itu turut mendengar dan mengharap biarlah kali ini pintu gua terbuka luas dan mereka dapat keluar.
“Saya hanyalah seorang penggembala kambing dan mempunyai ibu dan ayah yang tua bersama beberapa orang anak. Setiap kali pulang dari menggembala, susu kambing yang saya bawa pulang saya berikan kepada ibu dan ayah terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada anak-anak. Suatu hari saya pulang lewat dan kedua mereka sudah tidur. Sepanjang malam saya memegang bekas susu dan menunggu mereka bangun sedangkan semasa itu anak-anak saya menangis kerana lapar susu. Saya tidak sanggup memberikan kepada mereka sebelum ibu dan ayah yang terlena kerana lapar didahulukan.”
Sebaik sahaja habis bercerita, batu besar di lubang gua berganjak lagi. Kali ini ruang pintu gua terbuka luas sehingga muat bagi mereka keluar.
“Alhamdulillah! Lubang gua ini sudah dapat dilalui. Mari kita keluar!”

Petikan daripada buku Penghuni Langit ketujuh. Terbitan PTS Islamika.Buku ini di antara siri 31 Kisah Teladan. Ada banyak lagi judul dalam siri ini. Semuanya amat bagus dan berbaloi untuk kita mendidik jiwa dan mengelokkan akhlak.

link from:
http://bicaraku-ez.blogspot.com/

Siapa yang Sarah kejar?

“Saya menjualkan harta dan diri ke jalan Allah kemudian saya lemah? Tidak! Tidak sekali-kali tidak!” jeritan penuh semangat pemuda tampan itu membuat bulu roma Sarah meremang, air matanya mengalir deras. Dia tidak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada pemuda tampan yang belum sempat lagi dia bertanya siapakah namanya.
Pemuda tampan itu berlalu pergi. Sarah mengejarnya dari belakang. Pemuda tampan itu melompat ke atas kudanya. Pemuda itu berusaha mengejar panglima tentera dan tentera-tentera lain yang mula bergerak ke medan perang. Sarah mula tidak keruan. Hatinya berdegup semakin kencang. Dia tidak boleh membiarkan pemuda tampan yang berjiwa besar itu berlalu pergi begitu sahaja. Mereka belum berkenalan. Dia perlu berlari sepantas mungkin bagi menyamakan langkah kaki kuda yang mula mengorak langkah. Dia tidak boleh biarkan semua ini berlalu begitu sahaja.
“Tunggu! Tunggu saya!” jeritan Sarah langsung tidak membuat pemuda tampan itu menoleh ke belakang. Sarah mula cemas. Dia tidak mahu kehilangan orang yang baharu dikenalinya itu. Dia mahu kenal lebih dekat lagi. Adakah suaranya belum cukup kuat sehingga lelaki itu tidak dengar? Sarah menarik nafas dalam-dalam dan mengumpul suara lalu menjerit sekuat hatinya.
“Tunggu saya!!!”
“Jangan tinggalkan saya!!!”
Sarah tidak terdaya lagi berlari. Dia tercelepok di tanah namun suaranya masih mampu menjerit. Dia mesti menarik perhatian pemuda itu supaya menoleh ke belakang.
“Jangan tinggalkan saya!!!”

p/s Sedikit sedutan daripada Sarah dan Duit Raya. Siapa pemuda hebat yang dikejar Sarah?

link from:
http://bicaraku-ez.blogspot.com/

Siapakah Wanita Solehah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah saya di sini lagi...diizinkan Allah saya terus di sini..:)
Hari ini, saya ingin berkongsi satu artikel dalam simpanan saya. Menyimpan artikel-artikel lama menjadi salah satu hobi saya kerana walaupun ia hanya sehelai kertas yang bertulis tetapi pada saya ia sangat berharga untuk kita jadikan bahan bacaan pada masa lapang.

InsyaAllah sama-sama lah kita hayati..

Siapakah Wanita Solehah?

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya.
"Ayah..ceritakanlah kepadaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu..

Anakku.......

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan susuk tubuh kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung...

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejatibukan dilihat daripada keahliannnya berbahsa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibnAbbas, Ibn Omar, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:

"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya"
(As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Ass Fit Tafsir)



"Wahai-wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)



Si ayah diam sejenak sambil melihat wajah manis puteri kecilnya itu...

Lantas apa lagi ayah..? sahut puteri kecil terus ingin tahu...

Ketahuilah wahai puteriku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian 'grand' tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundng orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah diliha daripada beberapa banyak dan besarnyaujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Dan ingatlah anakku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
(Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu, si anak kembali bertanya, siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya..? Mampukah dan layakkah saya, ayah..?

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita solehah kelak. Malah semua wanita boleh....Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkatan berbunyi...

"ISTERI RASULULLAH S.A.W"

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklha dia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dia kehendaki."
(Riwayat Al-Bazzar)

"...Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahuinya? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar:9)


P/S: Sedikit tambahan daripada pembacaan saya:

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi S.A.W, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :

"Aku berkata: "Wahai Rasulullah ! Adakah wanita di dunia lebih baik daripada bidadari?"

Baginda menjawab; "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata: "Wahai Rasulullah!Bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab:"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)"
(Riwayat al-Tabrani)

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

olehh:
Nurhuda_cahayapetunjuk
8 Rabiulawal 1430H / 5 Mac 2009

Hanya Kerana Allah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang daripada sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab,

"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata,

"Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya,

"Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Sedikit kisah untuk renungan kita bersama...Segalanya hanya kerana Allah S.W.T. Rebutlah yang terbaik di sisi Allah S.W.T.

Saya pinjam kata-kata seorang sahabat untuk renungan bersama,

"Allah berhak memberi cinta pada kita

Dia juga berhak menarik cintaNYA kembali

Allahlah pemilik cinta hati-hati manusia..

Sebab itu apabila kita kuat dgn Allah.. kita redha pada Allah.. maka kita cintakan Allah

dan Allah pasti akan mmberi cinta itu pada kita pula..

itu keberkatan paling agung, nikmat paling besar cinta yg sangat hebat"

(Ibnu Rashidi-Faridrashidi.com)



Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


ditulis olehh:
Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
20 Rabiulakhir 1431H /5 April 2010

borak2 sambil muhasabah diri berSama sahabat :))

9:01pm
Nur Fatin Nabilah

salam..

9:01pm
Saya

wassalam.

bela:))

9:01pm
Nur Fatin Nabilah

ape kaba KM?

9:01pm
Saya

hey!

km?

no la.

:):)

anda salah org

:P:P

9:02pm
Nur Fatin Nabilah

ye ke..

sye rse sye x slh org..

hehe...

9:03pm
Saya

sy rse awk salah org jugak.

xkire.. xkire..

hee~ :):)

9:04pm
Nur Fatin Nabilah

aha...

ye la2...

9:04pm
Saya

sgt pasti la dgn kata2 sy.

9:04pm
Nur Fatin Nabilah

maaf ye terslh org lak...

9:04pm
Saya

bella.

nk tw x.

aty ak x tenang la..

9:04pm
Nur Fatin Nabilah

nk..

9:05pm
Saya

bile dpt taw ak calon km.

ny luahan ak ny

sorry terluah kt ko.

ak cm xleyh nafas.

9:05pm
Nur Fatin Nabilah

xpe cite je..

9:05pm
Saya

walaupun ak cuma seorang calon.

ak harap..

bia nasirah or fida jer.

sbb..

ak takot..

xmmpu nk kasi korang sebuah kegemilangan.

takot x mmpu nk lahirkan muslimah sejati

ak takot suma tuh

9:07pm
Nur Fatin Nabilah

aiesyah ak terharu r ngn ko...

tebek r sme lu..

tau x skrg ni ak tgh nangis

ble ko ckp cam tu..

9:07pm
Saya

ha?

nanges?

9:07pm
Nur Fatin Nabilah

sbbnye..

9:07pm
Saya

bia betul?

sbb ape?

9:08pm
Nur Fatin Nabilah

ak x penah jmpe org camni..

9:08pm
Saya

ko nanges sbb xpnah jmpe ak?

huhu..

klaka la syg.

9:08pm
Nur Fatin Nabilah

ak tau

susa r ckp ngn ko...

abaikn

ak tau

kalo ko dpt pn jd km

9:09pm
Saya

ape yg ko tw?

9:09pm
Nur Fatin Nabilah

eee

9:09pm
Saya

ko wat ak ttanye2 la syg oi.

:):)

9:09pm
Nur Fatin Nabilah

dgr la ni

9:09pm
Saya

oke.

teruskan.

ak x nyampok

9:10pm
Nur Fatin Nabilah

kalo ko dpt jd km skali pn

ak tau ko mmpu pgg tanggungjwb tu..

9:11pm
Saya

then..

?

9:11pm
Nur Fatin Nabilah

AIESYAH KMMMMMMMM.......

9:12pm
Saya

bella.

tenz atas kpercayaan ko.

ttg percaya yg ak mampu pgang jwatan tuh.

tp..

ko kne igt..

ak ny..

erm..

xde pape la..

9:13pm
Nur Fatin Nabilah

ape?

bdk baru...

9:13pm
Saya

yew

atas label itu syg

9:14pm
Nur Fatin Nabilah

so ape mslhnye..

9:15pm
Saya

ermm..

mcm2..

ak xdew keberanian tegur org yg solat dlm dorm.. maen2 dlm halaqah..

smpai skrg..

ak trase marah ngan sikap ak tuh.

membiarkan masalah tuh bmaharajalela.

ak x leyh tenang bile fkir suma tuh

9:16pm
Nur Fatin Nabilah

cah...kte diciptakn olh Allah utk menyebarkn ajarn islam kpd sesiapa pn..xkire spe pn..n ko kne tegur dorng ble dorg wat slh....

tu da jd tanggungjwb kte...

sbg pemimpin..

kalo nak dgr cite org mmg menyakitkn ati..biarkn

dorg nak kte ko ke kutuk ke...

mengumpat ke

whatever la

biarla dorg

..

aslkn kte daa terlps drpd tanggungjwb kte..

jauh kn rse takut ko..

nak tau x mse kte dilahirkn sbb npe kte nangis?

9:21pm
Saya

nape?

9:23pm
Nur Fatin Nabilah

sbbnye kte da tau dr awl lg ,kte tkt kte xmampu nak lalui semua dugaan yg Allah berikn..

sbbnye ianya terlalu berat..

tp kalo kte wat tu sume dgn sng hati dn ikhlas

insya Allah sume keje akn jd mudah..

9:24pm
Saya

ermm..

bella..!

tenz syg!

akk akn save ape yg ak bincang ngn ko ny kt blo.

nnti ko bkk blog ak oke.

tenz atas nasihat.

ak hargai..

sgt2 hargai..

ak akn cuba tok branikan dri tgor org.

da tanggungjawab kn syg?

tenz dear!

9:26pm
Nur Fatin Nabilah

ha camtu la..sbg seorg pemimpin kte kne berani..

kalo bkn kte spe lg

9:26pm
Saya

:))

9:26pm
Nur Fatin Nabilah

yg nak pimpin dorg...

ak akn sokong ko....

9:27pm
Saya

:')

ko wt ak tharu

insyaAllah

9:28pm
Nur Fatin Nabilah

don't worry be happy k!!

:):)



p/s: kpd sesape yg bce.. hope xsalah fhm.. sy skdar luah pada bella utk dapatkan nasihat beliau. sy risau.. skiranya sy ade jawatan.. xkira la ape2 pon.. sy takot x mmpu nk pgang. sy bkn gila jawatan. igt tuh. sy sgt gelisah bila ade jawatan. lbeyh snang kalo idop sperti org yg biasa. namun.. sy tharu dgn kpercayaan fatin nabila pd sy yg lemah ny..

igt la kwn2..

kat mane2 pon..

kte tetap pemimpin..

sbb..

dari kecil lagi..

jawatan khalifah telah Allah beri pd kita..

ingatla n saling bpesan2 oke?

ny la yg bella pesan kt ak..:))

muhasabah

Friday, July 16, 2010




Native Deen
Album: Not Afraid to Stand Alone
Song: Stand Alone



Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I'm not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high


Single mother raising her children
And now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay-she was in love
They brought her in, told her she's the number one pick
"You got the job, but you gotta lose the outfit"

This is a tough position that you put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend


Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high


Peer pressure, they were insisting
And I was resistin
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour

One day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when their jokes're cracking
Never see me cursin’ with my pants saggin’
I aint running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end


Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright

Gonna keep my head up high

Now,
I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, by the peers they know
But I aint gonna run, I aint scared no more

These sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth

Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With the help of Allah I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone


Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
Gonna keep my head up high


Open Your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..

No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day.. (Allah..)
Keep us close to
You Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day.. (Allah..)
Keep us close to
You Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day.. (Allah..)
Keep us close to You Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day.. (Allah..)
Keep us close to
You Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb
we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009